UMNO JANGAN SIBUK SOAL PAS





Apabila UMNO mula lemah, barulah kedengaran sibuknya UMNO bekerjasama dengan PAS. Yang menghairankan saya, tidak pula diajak Parti Keadilan Rakyat untuk membentuk kekuatan melayu sedangkan parti itu lebih berpengaruh menarik banyak melayu atas faktor Dato Seri Anwar Ibrahim.

UMNO ini sangat menghairankan. Semasa Anwar dibebaskan oleh mahkamah, pemimpin UMNO awal-awal lagi buat kenyataan bahawa pintu UMNO tertutup buatnya. Sedangkan Anwar tidakpun sibuk bercakap untuk sertai UMNO, walaupun sebenarnya Anwar berhak mendapat semula kedudukannya.

Jadi dalam hal ini soal perpaduan yang dibangkitkan UMNO adalah hal paling bodoh yang pernah digembar-gemburkan UMNO. Apabila sudah tersepit, sibuklah UMNO buat sana-sini kerjasama.

Satu lagi kebodohan pemimpin ialah jawapan-jawapan kepada sesuatu insiden. Saya mengambil contoh kes runtuhan stadium di Terengganu. Apabila sudah runtuh, kerajaan negeri dengan muka terhegeh-hegeh boleh mengatakan bahawa memang stadium itu tiada kelulusan dan ada masalah. Kenapa bila runtuh baru ada fakta itu dikeluarkan. Apa bodoh sangatkah sampai hal itu tidak boleh di nyatakan terlalu awal.

Satu lagi jawapan bodoh dan memualkan rakyat ialah

1. Kita akan arahkan pemeriksaan segera.

2. Kita akan perketatkan pemberian tender

3. Pihak bertanggungjawab tidak akan terlepas.

Dahulu pun berlaku masalah kebocoran di Parlimen, tapi sampai Samy Vellu kalah pilihanraya tiada apa jawapan yang rakyat perolehi.

Manusia bodoh, bukan kerana diciptakan bodoh, tetapi dibodohi oleh ketamakan dan tipisnya ilmu didada.

Dato Adil
Cyberjaya.

No comments

Powered by Blogger.