umno kata tok guru nik aziz wakil suara minoriti? menatang apa tu umno?

Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

"Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti.

"Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata, PAS bukan Nik Aziz seorang, tetapi ada presiden, timbalan dan pemimpin-pemimpin lain.

Ketika diminta mengulas kenyataan mursyidul am PAS itu supaya Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu dan melepaskan jawatan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan, Ahmad berkata, ia merupakan cabaran kepada timbalan presiden PAS itu.

"Hendak mencapai perkara yang besar, mesti ada cabaran. Ia hanya satu cabaran untuk mencapai satu perkara yang besar," katanya.

Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno telah mencetuskan pergolakan dalam parti Islam itu apabila wujud bantahan terhadap idea yang diutarakan oleh presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang dan disokong Nasharuddin.

Semalam, 10 daripada 24 ahli Parlimen PAS mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekaligus memberi mandat kepada Nik Aziz untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Mereka ialah ialah Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak hadir kerana berada di luar negara, manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.

Manakala di Kota Bharu, Nik Aziz berkata beliau merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

No comments

Powered by Blogger.