UNISEL Setanding IPTA, IPTS Tempatan dan Antarabangsa

KUALA SELANGOR, 23 Jun - Kesungguhan Universiti Industri Selangor (Unisel) untuk menempatkan diri setanding universiti-universiti lain di negara ini mendapat pujian daripada Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun Unisel sudah berjaya melakar pelbagai kecemerlangan selain berjaya meletakkan diri sebaris dengan Institut Pengajian Tinggi yang lain sama ada awam mahupun swasta.

“Saya berasa teruja dan bangga dengan sikap yang dipamerkan oleh UNISEL sebuah universiti milik penuh kerajaan negeri.

Dan dari pihak kerajaan negeri, kita akan sentiasa memberi sokongan kepada UNISEL untuk terus memangkin kecemerlangan”, kata Abdul Khalid sempena Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun Unisel, dekat sini pagi tadi.

UNISEL yang ditubuhkan pada 1999, merupakan satu-satunya universiti di negara ini yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Bermula dengan sekumpulan kecil pelajar kini Unisel mampu menampung 14,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun penubuhannya. - MURIZA ABDUL HAMID

No comments

Powered by Blogger.