20,000 Peluang Pekerjaan Untuk Direbut
SHAH ALAM 6 NOV. – Hampir 20,000 peluang pekerjaan terbuka untuk rebutan golongan belia, graduan dan mereka yang diberhentikan kerja, hasil inisiatif kerajaan negeri Selangor.
Menyedari tekanan ekonomi hari ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif melancarkan ‘Jelajah Jom Kerja!’ yang membuka peluang kepada orang awam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terpilih.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata “Jelajah Jom Kerja!’ adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Program Penempatan Pekerjaan.
Dilancarkan hari ini, pelepasan Program ‘Jelajah Jom Kerja! disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Taman Medan Haniza Mohammed Talha, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini , pagi tadi.
Menurut Dr Halimah lebih 10 syarikat swasta akan terlibat dalam temuduga terbuka yang akan berlangsung esok.
Temuduga terbuka pada 7 dan 8 November ini akan diadakan di Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan, Sabak Bernam.
Program ‘Jelajah Jom Kerja!’ ini akan diteruskan selepas sambutan Aidiladha ini di daerah Klang.

No comments
Post a Comment