Banyak Janji Tapi Tak Dikota..Oh Pemimpin Umno Kelantan
RM2 bilion diperlukan untuk projek tebatan tebing sungai di Kelantan
TUMPAT: Kerajaan Pusat perlu memperuntukkan antara RM1 hingga RM2 bilion bagi melaksanakan projek tebatan banjir di semua tebing Sungai Kelantan termasuk tebing Sungai Golok.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata buat masa ini sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan hanya untuk projek tebatan membabitkan Sungai Kelantan saja.
"Kita sedia maklum, setiap kali musim tengkujuh, limpahan air sungai termasuk Sungai Golok menyebabkan berlakunya masalah pengaliran air. Kerajaan sedang mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlarutan sejak sekian lama ini," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di sini, hari ini.
Sehingga jam 3 petang, seramai 500 penduduk telah ditempatkan di pusat perpindahan berkenaan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata masalah berkenaan juga telah dibangkitkan beberapa kali di Parlimen.
"Kita maklum projek tebatan akan membabitkan kos yang tinggi, bagaimanapun kerajaan akan cuba cari penyelesaian jangka panjang supaya perkara begini dapat dikurangkan," kata Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli.
Sementara itu, Mustapa turut menasihatkan penduduk yang terbabit dengan banjir supaya berpindah jika diarahkan berbuat demikian tanpa menunggu saat-saat akhir.
"Setiap tahun ada saja yang tak mahu pindah. Perkara itu harus dielakkan kerana boleh mendatangkan masalah besar," katanya.
Menurut beliau, bagi mangsa yang tidak dapat berpindah sendiri, pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis telah menyediakan 16 bot untuk menjalankan operasi menyelamat. - Bernama
jangan la bercakap banyak sangai bai....yang penting rakyat kelantan nak tengok projek yang dok janji buat..

No comments
Post a Comment