Dah La Khairy....Buat Kenyataan Tapi Orang Tanya Hang Senyap
Azmin perlu jelaskan dakwaan beli saham RM8 juta: Khairy
SEREMBAN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu menjawab dan memberi penjelasan mengenai dakwaan pembelian saham bernilai RM8 juta yang dibangkitkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S A Vickneswaran, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Pembelian saham tak salah, cuma perlu diberi penjelasan bagaimana membiayai pembelian saham tersebut. Dia mesti ada jawapannya dan penjelasannya dan kita menunggu penjelasannya," katanya.
Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sempena Kempen Konsumer Kebangsaan di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Ja’afar, Sungai Gadut dekat sini, hari ini.
Ia bagi mengulas dakwaan Vickneswaran berkaitan pembelian saham mencecah RM8 juta membabitkan tiga individu, termasuk Azmin pada awal 1990-an yang disiarkan beberapa akhbar hari ini.
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, berkata Vickneswaran membangkitkan beberapa soalan yang mungkin Azmin perlu memberi jawapan terutamanya jika pembelian itu dibuat sewaktu beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai kerajaan.
"Kita harap Azmin tidak akan mengelak daripada memberi penjelasan sebab ini berhubung kait dengan kredibiliti.
"Banyak perkara dituduh pada kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi tak salah kalau kita minta supaya akauntabiliti yang sama digunakan pakai dengan pemimpin pembangkang," katanya.
Mengulas langkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan ketidakmampuan kerajaan Selangor untuk mentadbir dan mengurus ekonomi sehingga perlu mengambil “orang luar”.
Mengenai kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja, Khairy berkata, langkah itu adalah antara cara yang dapat membantu rakyat Malaysia meringankan beban kewangan mereka. - Bernama

No comments
Post a Comment