Datuk Abu Hassan Dilema

Oleh Ahmad Zawawi

Datuk Abu Hassan jelas dalam Dilemma. Timbalan Presiden Partinya membuat arahan yang beliau mesti hadir keDewan Undangan Negeri Kedah yang dijadualkan akan bersidang hari ini (17.11.09) manakala yang terbaru berita dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan yang kerusi Kota Siputeh kosong dan sekaligus mengarahkan SPR mengadakan Pilihanraya Kecil.


Sebagai Ahli UMNO Datuk Abu Hassan boleh dikenakan tindakan tatatertib jika ingkar kepada arahan Pucuk Pimpinan Partinya. Sebagai seorang rakyat pula beliau terbukti Menghina Mahkamah jika beliau berdegil juga lantas hadir sebagai Ahli Dewan.

Menyingkap berita secara online sebentar tadi Barisan Nasional akan mengemukakan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Kita terpaksa menunggu dengan penuh sabar akan perkembangan selanjutnya.

Walau bagaimanapun perhatian sudah pasti berpusat diDewan Undangan Negeri Kedah pada hari ini

Sebagai orang biasa kita mungkin akan dapat melihat satu lagi sejarah tercipta. Berbagai kemungkinan boleh berlaku.

Sedang semua pemikiran tertumpu diKota Siputeh mana tahu tiba-tiba tiga territory katak diPerak juga diistihar kosong.

Anggota Parti dalam Pakatan perlu juga bersiap siaga kepada kemungkinan tersebut. Jentera kita sudah boleh dikemaskini walaupun BN sedang sibuk mahu membuat Rayuan.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.