Dr Asri! Ayuh Berjuang Bersama Jemaah Islam

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,"Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS."

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.

Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.

"Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,"kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

"Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.

"seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,"terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah pada hari itu.

Image

(Gambar:Ustaz Harun bertemu Dr Asri dirumah Asri semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir)

Ia berlaku sewaktu siri kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

"Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik 'join' PAS,"kata Ustaz Harun sambil membaca hadis yang bermaksud (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau 'tunggu' dan berkata secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

"Saya belum terima jawapannya lagi,"jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

"Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,"tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Asri menyertai PAS.

No comments

Powered by Blogger.