Dr Chua kini timb presiden MCA

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini SMS, Chua mengesahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan beliau masih memegang jawatan tersebut.

mca egm 101009 chua soi lek greeting delegate 02"Betul, terima kasih," jawabnya ringkas.

Pengumuman mengejut itu dibuat oleh ROS hari ini ketika jawatankuasa pusat parti itu sedang mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Surat ROS itu dihantar terus kepada kepemimpinan MCA.

Kedudukan ini mengembalikan senario sebelum krisis parti itu - akibat pemecatan Dr Chua dan keputusan mesyuarat agung luar biasa MCA awal bulan ini - dan sekali gus memeningkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik menggantikan Dr Chua.

Naib presiden itu, yang dilantik kepada jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.

Jika Liow, yang memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari itu, enggan menerima keputusan ROS itu, beliau boleh membuat rayuan.

Atau, beliau mungkin boleh terus mendesak melalui kempennya supaya diadakan EGM baru bagi memilih semula pucuk pimpinan MCA.

Ketika tiba jam 1.10 tengah hari di Wisma MCA, tempat mesyuarat itu diadakan kira-kira 10 minit kemudian, Dr Chua kelihatan tenang dan kemudian melangkah terus ke bilik mesyuarat.

Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos, tetapi jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan keputusan itu dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang sedang berjalan, difahamkan Ong telah memaklumkan bahawa Dr Chua kini adalah timbalannya.

NONEMesyuarat jawatankuasa itu juga dimaklumkan mengenai pemecatan empat anggota CC yang dilantik - kesemuanya penyokong Liow.

Mereka yang dipecat itu ialah Datuk Chor Chee Heung, Datuk Chai Kim Sen, Yoo Wei How dan Gan Hon Su (foto kiri) - semuanya penyokong Timbalan Presiden yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ekoran iatu, tiga orang - Tan Chin Meng, Chua Tee Yong dan Datuk Donald Lim - dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat, kesemuanya penyokong Chua.

Tee Yong adalah anak Chua.Tan pula naib pengerusi MCA Perak dan juga ketua bahagian Ipoh Barat yang juga bekas ADUN Kepayang.

Manakala Senator Heng Seai Kie pula dilantik menggantikan Lee Wee Kiat dilantik sebagai ketua penerangan. Lee merupakan antara penyokong Liow.

Heng merupakan setiausaha agung Wanita MCA dan juga timbalan menteri penerangan, telekomunikasi, kesenian dan kebudayaan.

Sementara itu, ketika Chua keluar sebentar dari mesyuarat CC untuk ke tandas, beliau menjadi buruan para wartawan.

Mereka terus menerus meminta komennya mengenai keputusan ROS mengekalkannya sebagai timbalan presiden.

"Saya dimaklumkan mengenainya melalui sepucuk surat dari ROS pada jam 11.30 pagi tadi. Ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan kepada perlembagaan parti."

Liow pula, ketika ditemui wartawan ketika hendak di tandas, bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan

No comments

Powered by Blogger.