Dr Xavier Mahu Penjelasan Dari Tokoh Agama Isu Masjid
SHAH ALAM, 8 November - Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar hari ini mahu penjelasan daripada beberapa tokoh agama negeri ini berhubung tindakannya berucap di dewan utama masjid di Taman Andalas, Ogos lalu.
Menurutnya penjelasan terperinci perlu supaya ia jelas kepada umat Islam dan bukan Islam negeri ini bagi mengelakkan timbulnya salah faham.
“Saya rasa lebih baik Jais dan juga siapa-siapa yang berkenaan ini dapatkan komen atau jawapan dari tokoh-tokoh agama Islam di dalam negeri Selangor dengan ucapan yang saya buat sebagai seorang bukan Islam di dalam satu masjid dan surau.”
“Kalau ikutkan perasaan saya tidak ada masalah dengan ucapan yang dibuat kerana ucapan itu bukan ucapan agama dan bukan ucapan ceramah dan kita datang untuk kita bersama-sama dengan semua rakyat dan saya sebagai wakil rakyat di bagi peluang untuk membuat ucapan”,katanya.
Dr Xavier berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor tengah hari tadi.
Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan tindakan seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Andalas mempertahankan tindakannya menjemput Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid dalam satu majlis berbuka puasa Ogos lalu.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Kushrin Munawi, satu notis akan diberikan kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan bagi menjawab tindakan mereka membenarkan Adun Seri Andalas itu berucap di dewan utama masjid.
Menurutnya tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang terlibat kerana ia jelas melanggar hukum agama.
Sementara itu, Exco Selangor, Dr Halimah Ali bersetuju perkara ini perlu dibincangkan dan diperjelaskan oleh tokoh-tokoh agama bagi mengelakkan terus timbulnya salah faham berkaitan larangan tersebut.
“Sebenarnya dari segi Islam yang dibawa oleh Nabi tu siapa-siapa boleh masuk ke masjid maknanya orang jumpa Nabi tu dekat masjidkan,dia tak ada dewan, dia tak ada markas, dia tak ada kompleks,jadi orang bukan Islam dulu jumpa Nabi dekat masjidlah.Itu konsep Islam yang diperaktikkan oleh Nabi.Jadi sekarang ini kalau ada kes macam itu,itu dari segi kefahaman masyarakat sekarang ini seolah-olah orang islam sahaja boleh masuk.
“Kita mintak memang orang ahli dalam hukum-hukum Islamlah berbahas ataupun berdialog tentang itu”,katanya.

No comments
Post a Comment