Forum Jasamu Dikenang! Mantan Pj Perak



AIR KUNING, TAIPING, 14 November - Pengisian program bulanan PAS Perak, Liqaul Fikri bagi bulan November ini agak berbeza daripada biasa. Biasanya, seorang naqib jemputan akan membentangkan tajuk-tajuk tertentu kepada para peserta yang datang dari kawasan seluruh negeri Perak.

Namun liqa kali ini menjadi bentuk edisi khas di mana ia berbentuk Forum Jasamu Dikenang. Malam itu, tiga orang mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah dijemput sebagai ahli panel forum. Mereka menceritakan pengalaman masing-masing di sepanjang sewaktu menjadi pemimpin tertinggi PAS Perak. Amat menarik sekali. Apatah lagi yang dijemput ialah mantan-mantan PJ yang memang terbukti kehebatan kepimpinan masing-masing.

Tiga orang mantan PJ yang telah menjadi ahli panel tersebut ialah Ustaz Haji Azizan Desa, Ustaz Haji Kamaruddin Awang Basir dan Ustaz Haji Ahmad Awang. Forum telah dipengerusikan oleh wakil peserta dari Bukit Gantang. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Hussain.

Apa yang menariknya ialah masing-masing diberi peluang menceritakan pengalaman kepada para peserta yang hadir pada malam itu.

Ustaz Azizan Desa, di dalam ucapannya telah menceritakan pengalaman beliau ketika bilangan PAS Kawasan dalam negeri Perak hanya 12 kawasan sahaja. Berkat usaha pimpinan zaman itu, bilangan kawasan telah bertambah menjadi 22 kawasan seperti yang ada sekarang. Pada zaman beliau jugalah usaha-usaha mengumpul dana dilakukan bagi pembinaan Markaz Tarbiyyah Perak yang kini tersergam indah yang menjadi kebanggaan semua ahli. Beliau juga telah dapat menyelesaikan beberapa masalah dalaman di beberapa PAS kawasan.

Di samping itu, beliau juga menceritakan bagaimana halang-halangan yang beliau hadapi seperti cubaan merosakkan kenderaan beliau ketika berceramah yang hampir membawa maut.

"Namun, halangan-halangan yang banyak itulah yang telah menjadikan manisnya dalam perjuangan PAS itu, " ujar beliau.

Akhir sekali, Ustaz Azizan menggariskan kata-kata Hassan Al Banna tentang jamaah iaitu :

  1. kefahaman yang mendalam tentang Islam dan jamaah
  2. tanzim yang tersusun rapi
  3. semangat juang yang konssten (istqamah dalam perjuangan)
Bagi Ustaz Kamaruddin Awang Basir pula, beliau lebih banyak menceritakan pengalaman beliau menjadi PJ. Begitu banyak pahit maung dalam membangun gerakan Islam di negeri Perak.

Ahli panel ketiga yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Ahmad Awang. Beliau telah menjadi PJ selama lapan tahun. Pada masa itulah, sokongan masyarakat bukan Islam telah meningkat. Beliau juga banyak menceritakan saat-saat getir ketika pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. Pelbagai ujian, tohmahan dan sebagainya telah diterima oleh beliau ketika itu namun akhirnya terbentuk juga kerajaan Pakatan Rakyat yang menyaksikan jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN PAS iaitu Haji Mohammad Nizar.

Ustaz Abu Bakar pula telah membuat penggulungan dengan dimulai dengan menghargai segala jasa dan pengorbanan ketiga-tiga mantan PJ. Beliau menyifatkan mereka cemerlang pada zaman masing-masing sehingga menyaksikan PAS Perak menjadi sebuah parti yang dominan yang sentiasa dicemburui UMNO/BN.

Akhirnya, beliau berharap pimpinan semua peringkat mengambil ktibar dari pengalaman mantan-mantan PJ sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih keras lagi.

"Kalau kita nak masuk syurga, kita kena berjihad. Dan jika kita berjihad kita mesti banyak bersabar," ujar beliau lagi.

Pada penghujung majlis, Ustaz Abu Bakar telah menyampaikan cenderamata kepada ektiga-tiga mantan PJ sebagai tanda penghargaan PAS Perak terhadap jasa-jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Perak sebelum ini.


Ustaz Ahmad Awang menerima cenderamata daripada PJ Perak, Ustaz Abu Bakar.


Ustaz Kamaruddin Awang Basir menerima cenderamata.


Ustaz Azizan Desa menerima cenderamata.

ar_rawa

No comments

Powered by Blogger.