Gabungkan Hasil Pendapatan Dan Hasil Pelaburan:MB
SHAH ALAM, 2 November - Selangor akan menggabungkan hasil pendapatan dan hasil pelaburan yang diperoleh syarikat-syarikat milikan kerajaan negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah menghimpunkan pendapatan semua kerajaan negeri dalam satu perbendaharaan adalah perlu bagi menghasilkan belanjawan Selangor yang lebih mapan dan berkesan.
Dengan cara itu bajet kita,belanjawan kita merangkumi pendapatan dari sumber-sumber negeri dan pendapatan dari sumber pelaburan negeri,itu sebab kita lakukan itu apabila pada masa depan apabila kita mengeluarkan belanjawan itu kita ambil kira kedua hasil pendapatan”,katanya.
Tan sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulan Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Jualan Hartanah PKNS di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pagi tadi.
Beliau menambah rumusan belanjawan perlu mengambil kira pendapatan dari segenap cabang kerajaan negeri, supaya angka-angka yang dicongakkan lebih tepat dan selaras.
“Kita akan masukkan juga pendapatan yang boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat, yayasan-yayasan,dengan cara itu bajet kita ,belanjawan kita merangkumi pendapatan dari sumber-sumber negeri dan pelaburan negeri.

No comments
Post a Comment