(Gambar) Pelajar Melayu Sambut Halloween Di Dublin,Ireland

(Gambar) Pelajar Melayu Sambut Halloween Di Dublin,Ireland

Hari Haloween yang disambut 31 Oktober pada setiap tahun oleh beberapa buah negara seperti US dan Ireland.(Kurang pasti mana lagi negara yang buat sambutan)

Perayaan ini juga dikenali sebagai All Saints’s Day. Saints bermaksud orang yang sudah diistiharkan ketakriman melalui kehidupan suci melalui mukjizat dan sebagainya oleh gereja Kristian. Jadi boleh la disimpulkan perayaan ini salah satu perayaan yang diraikan oleh orang-orang kristian.

Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah membaca dan menonton filem seram,“trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

-kredit to almuntalaq.com-

Jadi rasanya jelas untuk kita sebagai orang islam apa hukumnya menyambut Perayaan Halloween ini bukan? Haram la maksudnya sama seperti menyambut Valentine’s Day.

Isu Gambar Pelajar Melayu Sambut Halloween Di Dublin

Gambar ini sebenarnya dikongsi oleh rakan saya yang berada di Dublin,Ireland. Pada malam Halloween tu dia keluar jalan-jalan tengok gelagat orang dan ambil gambar katanya. Sekali jumpa bangsa sendiri sedang seronok menyambut Perayaan Halloween.

Budak-budak lelaki dalam gambar tu katanya pelajar-pelajar baru sampai pada bulan 9 hari tu. Baru nak kenal dunia la ni kot.

Motif ?

Jangan terlalu mudah untuk terpengaruh dengan budaya orang, kadang-kadang(selalunya kot) budaya barat ini banyak bertentangan dengan agama kita.

Jangan baru sampai di negara orang kita lupa dimana asal usul kita.

Jangan benarnya kata-kata Tun Mahathir yang “Melayu Mudah Lupa” kita cuba buktikan “Melayu Tak Pernah Lupa”

P/S : Biarlah menjadi rahsia siapa mereka dalam gambar itu

http://selangor2u.com/blog/current-issues/dalam-negara/gambar-pelajar-melayu-sambut-halloween-di-dublinireland/

No comments

Powered by Blogger.