Gambar pemimpin dibawa tidur sesat..Tapi Aku ada Gambar Yang Tak Sesat

pakat2 gantung la gambar ni erk....

BESUT: Penduduk di beberapa kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa berkaitan dan ilmuwan Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.

“Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memperoleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu, pahala berganda akan diperoleh oleh orang berkenaan.

“Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini, semalam.

Katanya, isu itu pernah timbul sebelum ini, dan akhir-akhir ini ia dikesan semakin menular di kalangan penduduk beberapa kampung di daerah ini.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, berkata pihaknya mendapat laporan gambar pemimpin berkenaan bukan setakat dipamerkan di rumah, malah pada kenderaan penyokong parti berkenaan.

Sementara itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata kepercayaan dan taksub kepada pemimpin sehingga tahap sedemikian jelas terpesong daripada akidah.

Katanya, mereka perlu balik ke pangkal jalan dan beristiqamah kerana hukum hakam agama tidak boleh dipermain-mainkan.

Beliau berharap pemimpin berkenaan memperbetulkan keadaan dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.