Kafa nasihat penyokong kawal emosi, patuhi arahan
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menasihatkan lebih 60,000 penyokongnya yang bakal menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, supaya dapat mengawal emosi dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa supaya tidak timbul sebarang insiden yang tidak diingini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata mereka perlu menjaga nama baik Kelantan sepanjang perlawanan merebut piala berprestij itu.
"Patuhilah segala peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jagalah nama baik Kelantan sepanjang perlawanan itu nanti," katanya selepas majlis penyerahan 1,001 tiket menyaksikan perlawanan akhir itu kepada pelajar sekolah di Majlis Sukan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Katanya, Kafa sudah mendapat kebenaran FAM menjual 56,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu dan meminta peminatnya yang tidak dapat membelinya di sini supaya mendapatkannya di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan.
Beliau juga menasihati peminat supaya berhati-hati ketika di jalan raya ketika pergi dan pulang menyaksikan perlawanan itu.
Annuar turut kecewa dengan sikap sesetengah pengusaha bas persiaran yang mengambil kesempatan mengenakan caj yang mahal untuk membawa penyokong ke ibu negara yang mengenakan caj sehingga RM4,000 bagi satu bas.
"Ini sekali ganda kenaikan dan ia tidak wajar sama sekali buat pengusaha bas itu mengambil kesempatan terhadap keghairahan penyokong ke Kuala Lumpur, Sabtu ini," katanya.
Sementara itu, Kafa mengisytiharkan tahun depan adalah tahun bola sepak Kelantan yang mana ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti klinik bola sepak, seminar, karnival dan pertandingan di peringkat antarabangsa.
"Tetapi paling penting adalah mencapai sasaran tiga kejuaraan buat Kelantan untuk musim depan," katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment