Mahaguru58 Mengikut Tariqat Sesat..?

Pertamanya, terima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh saudara Nizam Mahmud. Saya merasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana tugas setiap Muslimin dan Muslimat mendedahkan segala amalan bidaah dan sesat yang berlaku dalam masyarakat kita.

Juga, blog Mahaguru58 ini juga adalah blog yang ramai mengunjunginya. Blog beliau juga dipenuhi dengan doa2 dan kata-kata hikmah yang dipetik dari Al Quran dan Hadeeth Nabi SAW. Ertinya, bagi yang tidak mengetahui, mereka akan mudah mempercayai kononnya Mahaguru58 ini adalah pejuang Islam dan memperjuangkan keagungan Islam.

Namun, apabila akidah seseorang itu rosak, tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.

Mengikut pendedahan Nizam Mahmud, Mahaguru58 ini mengikuti sebuah tarikat bernama “Tariqat Naqsyabdi Al Aliyyah . Ini diakui oleh Mahaguru58 sendiri dalam artikel yang beliau sendiri tulis. (http://mahaguru58.blogspot.com/2006/07/tariqat-naqsyabandiah-sufi-mureeds.html).

Pada waktu yang sama, Nizam Mahmud memberi sebuah “link” berkaitan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaaan di atas tariqat sufi ini di sini:(http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06556.html)

Mengikut link yang diberikan oleh Nizam Mahmud :
  • “Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
  1. Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
  2. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar"
Kalau Benar Mahaguru58 Masih Mengikut Tariqat Ini, Minta Beliau Bertaubat

Saya tahu, pergerakan tariqat ini cukup kuat dan ahli mereka semakin ramai. Tapi, itu bukan alasan untuk meneruskan penglibatan di dalam Tariqat yang sudah didapati sesat ini.

Saya menyeru, sekiranya MAhaguru58 masih lagi menjadi ahli Tariqat ini secara aktif untuk bertaubat dan meninggalkan tariqat ini sama sekali.

Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mereka yang pro kepada Tariqat juga. Jadi, mereka bukan Salafi yang menolak semua tariqat. Ertinya keputusan Majlis Fatwa ini adalah kerana Tariqat Sheikh Nazi mini telah sampai ke tahap yang sangat teruk dan menjejas akidah.

Kalau Mahaguru58 hanya mengikut majlis zikir mereka dan tidak mengikut fahaman serta akidah pengikut tariqat ini, maka saya bersyukur dan menarik balik nasihat saya bagi beliau untuk bertaubat. Saya cuma meminta Mahaguru58 untuk jangan lagi mengikut amalan serta aktiviti Tariqat Naqsyabandi Al Aliyaah ini.

Apa yang saya buat ini ada dua sebab utama :
  1. Menjaga akidah umat Islam seluruh dunia supaya jangan tersangkut dengan tariqat yang menjejas akidah.
  2. Menasihati mereka2 yang sudah terlibat supaya bertaubat nasuha.
Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

Ps Terima kasih pada Saudara Nizam Mahmud yang telah membuat kajiatn.

perisik rakyat

2 comments

Unknown said...

http://mahaguru58tipu.blogspot.com

Unknown said...

http://mahaguru58tipu.blogspot.com

Powered by Blogger.