Mayat dua pelajar Utar lemas ditemui
KAMPAR: Mayat dua daripada tiga pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus Perak yang lemas ketika berkelah di Sungai Batu Berangkai, di sini ditemui malam ini.
Mayat James Wan Kai Khor, 20, dari Halaman Macalister, Georgetown, Pulau Pinang ditemui penduduk di Kampung Badak Berendam jam 9.42 malam ini iaitu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.
Manakala mayat Yew Shy Gin, 21, dari Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian jam 10.01 malam ini di Kampung Orang Asli Bukit Terang.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang iaitu Yew Ghim Chnieh, 20, dari Kampung Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seorang daripada penuntut berjaya menyelamatkan diri selepas arus dikenali sebagai 'kepala air' oleh penduduk tempatan itu, menolaknya ke tebing sungai kira-kira 20 meter dari tempatnya dihanyutkan.
Sementara tiga lagi rakannya kurang bernasib baik apabila gagal menyelamatkan diri dan terus dihanyutkan arus 'menggila' selama kira-kira lima hingga enam minit yang disifatkan Syed Sharudi fenomena menggerunkan pernah disaksikannya.

No comments
Post a Comment