MCA tidak dengar cakap ahli

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permasalahan dalam MCA kini ialah pemimpinnya tidak mahu mendengar apa yang diinginkan oleh ahli-ahlinya.

Justeru, beliau bimbang masyarakat Cina tidak akan kembali menyokong MCA jika para pemimpin parti itu terus bersikap demikian.

Menurutnya, hasil pergaulan dan perbincangan dengan rakan-rakan dari kaum berkenaan mendapati sokongan terhadap parti itu semakin terhakis.

“Kita boleh umumkan apa sahaja tetapi yang penting adakah ahli parti akan menyokong kita. Ahli-ahli parti berpecah kerana para pemimpinnya berpecah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertunjukan seni ‘Rhythm of the 21st Century - Monologues of Raja Shahriman’ di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA mempersetujui Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai kembali memegang jawatan Naib Presiden.

Keputusan mesyuarat CC itu diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang memberitahu ia dibuat berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).utusan

No comments

Powered by Blogger.