Mimpi Rasulullah SAW

Email : mohd naim mohd zain

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

1 comment

Putra IJ80 said...

Terima kasih kerana membawa tajuk ini.

Saya ada kemusyikalan yg.perlu mendapat pandagan ikhlas dari sesiapa yg.arif tentang nya.

Ini bab mimpi.

Setakat ini saya sudah dua kali mimpi Kiamat.(1)setahun yg lalu)keadaan mimpi itu hampir sama.

Ke 2.Kebetulan malam jumaat minggu sudah ,saya bermimpi lagi,di mana suasana kiamat jelas dalam mimpi saya itu.,seperti yang di gambarkan oleh orang tua tua kita.

Ketika menanti saat kiamat itu saya lihat bangunan tinggi runtuh termasuk beberapa kontena yang hampir menghempap diri saya.

Dalam hati saya ada kah ini punca kematian saya,tetapi ia tidak mengenai saya dan ketika itu saya terasa satu tiupan angin yang menyebabkan nafas saya sesak.

Saya reda jika itu saat kematian itu,dan ketika itu saya nampak beberapa orang berlari menuju ke satu tempat,dan saya yang sudah lemah dapat mendengar bahawa Nabi Muhamad sedang berada di kawasan itu.,saya cuma nampak macam bayangan nya kerana agak jauh dari saya berdiri.

Saya cuba meninjau,tapi tidak dapat melihat,sahingga saorang menegor saya agar mendapatkan sufaat dari Nabi., dan dia menghulurkan Tasbeh kepada saya.

Saya genggam tasbeh itu dan memohon agar Allah mengurangkan sakit saya apa bila hendak di ambil nyawa.

Kerana terlalu sesak nafas,saya kemudian nya terjaga.,tanpa di sedari saya ketika itu sedang membaca surrah Alfatihah.

Kerana waktu itu kira kira pukul 4-00 pagi saya terus bangun dan melakukan sunat sunat yg.biasa.termasuk sunat Taubat.


Maka saya ingin bertanya kepada siapa yg.sudi mentaarifkan mimpi itu.

T/Kasih.Indraputra-Damansara.

Powered by Blogger.