PAS dan Nik Aziz dilanda ombak tsunani dua lautan.

Analisis Isu Oleh: mohdnoorawang

"PAS parti Islam se Malaysia dilanda ombak badai dua lautan. Di Pantai Barat dihempas ombak badai Laut Selat Melaka dan Pantai Timur dihempas badai ombak Laut China Selatan.

Selangor berlegar dengan isu tauliah dan Jabatan Ugama Islam Selangor atau JAIS. Kebetulan hal ugama Islam dibawah exco PAS Dr. Hassan Ali (Datuk). Perbalahan isu diantara pemimpin PKR Yb. Sivarasa dengan Yb. Zulkifli Noordin PKR sehingga membawa cabar mencabar.

Di Selangor juga wakil rakyat Yb. Khalid Samad dari PAS mengali lubang dengan membina isu malah tindakannya cukup melawan arus kepinpinan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor .Tidak dapat dinafikan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor dilanda krisis kempinnan pemimpin pakatan rakyat.

Di Pantai Timur hanpir dilanda badai tsunami. Kebetulan pula negeri Pantai Timur dilanda monsun Laut China Selatan. Sekali lagi PAS dilanda isu dan ragam kepimpinan. Kelantan dibawah teraju mursyidi am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz dicemari dengan isu menantunya yang dituduh melakukan penyelewengan dalan syarikat perbadanan menteri besar.

Terkini PAS Kelantan dikaitkan dengan isu "Haji Tajaan" yang tawarkan kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz (fahaman bacaan dari surat khabar arus perdana). Akhrinya membawa satu isu yang baru serta mengheret SPRM mencari maklumat. Walaupun isu haji tajaan tertutup selepas Nik Aziz membatalkan pemergian ke tanah suci Mekah.

Jelas disini Nik Aziz tidak cermat dalam penawaran dan penerimaannya. Musuh cukup mudah menyerang PAS dan kepimpinan pakatan rakyat. Isu yang berlaku sekarang di negeri Selangor dan Kelantan serta segelintir pemimpin PAS boleh melemahkan kekuatan parti dan kepercayaan orang ramai terhadap PAS dan pakatan rakyat.

Kami menyeru kepada pemimpin PAS negeri dan pusat kurangkan mencari dan membuat isu murahan yang boleh membawa kemudaratan kepada PAS dan pakatan rakyat. Persoalan kami lontarkan kepada pemimpin dan wakil rakyat PAS negeri dibawah pakatan rakyat mengapa suka mengadakn isu dan membuat kenyataan akhbar yang boleh membawa api kemusnahan malah memudahkan umno menyerang hendap kepada PAS?....

Cukup jelas jika diambil kira dengan isu yang dipaparkan oleh akhbar dan media tv dan radio pemimpin PAS tidak menghormati ketua ATAU ketua tidak ada dapat mengawal anak buahnya?. Jika isu tersebut diwarnakan oleh pemimpin umno, Situasi PAS menghadapi pilihan raya umum ke 13 pudar dan ditolak oleh orang ramai.

Untuk rekod, kepimpinan Tun Abdullah Badawi pilihanyara pertama era kepimpinan membawa 200 % kejayaan. Fenomena ini akan dan pasti berlaku dalam era kepimpinan umno dan barisan nasional Datuk Sri Muhd Najib Razak dalam pilihanraya umum yang ketiga belas. Kami jangkan umno dan barisan nasional dibawah Najib Razak melebehi 150% dan melebehi dua pertiga kekuasaan ahli parlimen umno dan barisan nasional dalam parlimen Malaysia.

Nampaknya sebahagian rakyat Malaysia atau kira-kira 48% pengundi yang memberi undi kepada pakatan rakyat pada PRU12 yang lalu bakal berpaling tadak kepada umno dan barisan nasional jika tidak ada perubahan serta pendekatan dfalam kepimpinan pakatan rakyat terutama PAS. Awal-awal lagi jika diambil senario sekarang PKR bakal ditolak dalam era peringkat pertama pemerintahan regim Najib Razak. Begitu juga PAS menghadapi fenomina yang sama.

No comments

Powered by Blogger.