PAS tidak malap selepas kemenangan - Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menafikan dakwaan bahawa gerakan yang dilakukan selepas kemenangan oleh Pakaran Rakyat(PR)di Kedah semakin malap dan kepimpinan yang ada sudah tidak mempunyai ruang lagi untuk berdamping dengan ahli PAS dan penduduk kampung.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, ahli PAS dan penduduk memahami kekangan masa yang sedang dihadapi oleh kepimpinan bagi menyelesaikan komitmen dan juga kebajikan masyarakat.

"Jika sebelum ini kepimpinan mempunyai ruang masa yang lapang untuk mendekati masyarakat namun begitu dengan kekangan masa yang ada sekarang kita akan cuba dengan sedaya mungkin untuk turun padang dan memenuhi kehendak masyarakat.

"Ahli PAS dan juga penduduk kampung serta masyarakat sekeliling melihat fenomena ini sebagai satu kelainan namun begitu setelah menjadi pemerintah di negeri ini maka sudah pasti pembahagian masa ini akan menjadi satu perkara yang amat penting bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri ini."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengukuhan Usrah dan Taklimat Isu Semasa PAS kawasan Parlimen Pokok Sena.

No comments

Powered by Blogger.