Piala Malaysia: KTMB lanjut tempoh perkhidmatan komuter Sabtu ini
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan melanjutkan tempoh perkhidmatan komuter, Sabtu ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang menyaksikan pertemuan antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
Bagi memudahkan penonton, perkhidmatan tambahan akan beroperasi bagi laluan Bandar Tasik Selatan-Seremban, Bandar Tasik Selatan-Rawang dan Stesen Sentral Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.
KTMB dalam satu kenyataannya, hari ini berkata, bagi laluan ke Seremban dan Rawang, jadual tren terakhir dari Stesen Bandar Tasik Selatan ialah pada pukul 12.15 pagi, manakala bagi laluan ke Pelabuhan Klang, perkhidmatan tren tambahan terakhir akan tamat pada pukul 12.40 pagi dari stesen Sentral Kuala Lumpur.
Bagi memudahkan urusan perjalanan penonton, mereka boleh menaiki komuter dari mana-mana stesen untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan dan membuat pertukaran dengan menaiki tren Rapid KL untuk ke Stadium Bukit Jalil.
Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan KTM Komuter disaran membeli tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelak kesesakan di mesin jualan tiket untuk perjalanan pulang.
Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB dengan menelefon 03-22671200 atau menghubungi stesen komuter berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut. - Bernama

No comments
Post a Comment