PJ PAS PERAK: KOMPONEN BN SEMAKIN RAPUH

Krisis yang dialami oleh parti-parti komponen Barisan Nasional menunjukkan bibit perpecahan yang ada dalam Barisan Nasional. Memetik ucapan Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak beliau menyatakan, “ kini semua orang dapat melihat bagaimana krisis dalaman yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC serta parti komponen yang berada dalam BN begitu kronik sekali keadaannya” . “ Hampir kesemua komponen Barisan Nasional mengadakan Extraordinary General Meeting (EGM) kerana saling tidak mempercayai satu sama lain”

Krisis dalaman BN ini semakin teruk apabila baru-baru ini ahli parlimen Sri Gading meminta Presiden Gerakan meletakkan jawatan, ini jelas menunjukkan mereka yang berada di dalam Barisan Nasional sendiri mempersoalkan kabinet yang telah mereka buat jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu. Menambah mengenai keampuhan Barisan Nasional, beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya masih belum berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, sebaliknya UMNO yang kononnya bertindak sebagai ketua di dalam Barisan Nasional sendiri berpecah sesama sendiri, walaupun 52 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, kita boleh melihat bagaimana sifat perkauman masih menebal dalam hati setiap parti komponen BN terutamanya UMNO dan perkara ini jelas menunjukkan bagaimana mereka yang berjuang di atas nama perkauman, kebangsaan ataupun atas nama tanah air tidak akan kekal lama.

Krisis yang berlaku dalam komponen-komponen BN menunjukkan BN kini sedang berpecah. ”Empangan yang besar pecah bermula dari retak-retak kecil”, kias beliau mengenai Barisan Nasional yang kini dilihat tidak relevan buat rakyat Malaysia yang kini lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat.

No comments

Powered by Blogger.