Ramai lagi “Kickdefella” Dalam PKR

Oleh professor

"Sesuatu yang pelik , bagaimana kickdefella Pegawai Perhubungan Awam , bertugas dan bertanggungjawab dan melapor terus kepada EXCO , dan bukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif , seperti yang dilaporkan olehnya. Tidak ada kah pihak – pihak yang berkenaan menyedari akan keadaan ini ?

Sesuatu yang sangat malang , bilamana meneliti tulisan kickdefella , membuka semua aib , pekong dan rahsia di Kelantan !!!

Tetapi lebih malang lagi , bagaimana beliau seperti ada yang menuduh seorang peminum arak tegar , boleh melepasi saringan ketat TGNA , dapat memperdayakan seorang EXCO !!!!

Sementara itu , peringatan , teguran dan amaran DSAI kepada semua peringkat pimpinan PKR dan MP supaya berundur segera sekiranya tidak dapat berkhidmat dengan baik dan yang menjadi duri dalam daging.

Adakah amaran DSAI ini bermaksud beliau memang mengetahui adanya individu seperti ‘kickdefella’ dalam PKR.

Sebenarnya , salah satu sasaran utama UMNO ialah memasang dan memasukkan seramai mungkin ‘kickdefella’ dalam PKR , sebagaimana Berjaya di dalam PAS Kelantan.

Berbanding DAP , PAS dan PKR , PKR adalah musuh utama UMNO. PKR sebenarnya lahir dari tulang sulbi UMNO.

DAP agak aman dari sebarang skandal hingga kini. PAS , walaupun dihentam bertubi – tubi , kemungkinan ia akan hancur agak sukar. Sejarah sudah menguji ketahanan PAS hingga kini.

Manakala PKR , yang paling bungsu kini berhadapan dengan seribu ‘KICKDEFELLA’ di dalamnya. Hanya menunggu masa saja menjelang PRU 13 , ianya akan berlumba - lumba muncul , meletupkannya dari dalam.

Adakah mungkin PKR dan DSAI mampu menghadapi situasi ini ? >

No comments

Powered by Blogger.