Rooney mahu akhiri kerjaya di Man United

DOHA: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney menolak spekulasi perpindahannya ke Sepanyol, sebaliknya mahu kerjaya bola sepaknya berakhir di kelabnya sekarang.

Minggu lalu, Barcelona dilaporkan merancang menawarkan 85 juta Euro kepada penyerang England itu untuk beraksi di Nou Camp.

Malah, bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo juga dilaporkan berkata kegembiraannya untuk kembali bersama Rooney bermain di Real Madrid.

Namun Rooney, yang sedang membuat persiapan menjelang pertemuan persahabatan antara England dan Brazil, di sini, Sabtu ini berkata, beliau akan berbincang lebih awal untuk menyambung kontraknya bersama United sebelum 2012.

“Alanglah baiknya kita dimaklumkan (kontrak) lebih awal. Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya gembira di United.

"Nanum sekiranya mereka mahu sebaliknya, saya mungkin terpaksa meninggalkannya," katanya. - AFP

No comments

Powered by Blogger.