‘Saya tidak akan minta maaf’

BATU PAHAT 31 Okt. – Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya supaya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet.

Mohamad Aziz menegaskan, beliau juga tidak akan memohon maaf ekoran kenyataannya yang menimbulkan rasa kurang senang dan bantahan daripada ahli-ahli kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan mengadakan protes bantahan selama 15 minit di hadapan Dewan Wawasan, Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Kuala Lumpur, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.