Taklimat pelan perpaduan tidak hormati keputusan EGM

BENTONG 15 Nov. — Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan taklimat Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang dipengerusikan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di ibu negara hari ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM)Oktober lepas.

Katanya, beliau tidak menghadiri taklimat itu kerana terikat dengan tugas rasminya sebagai Menteri Kesihatan dan wakil rakyat di sini.

"Saya banyak program rasmi dan di kawasan yang telah ditetapkan lebih awal, lagipun saya tahu taklimat itu diberikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di mana jawatan Timbalan Presiden yang dipegang beliau itu dipertikaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pemakaian Topi Keledar Kanak-Kanak Yang Membonceng Motosikal Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Sulaiman di sini hari ini.

Liow berkata dalam EGM berkenaan, semua perwakilan telah sebulat suara membuat keputusan bahawa jawatan timbalan presiden tidak dikembalikan kepada Dr Chua dan sepatutnya beliau menghormati keputusan itu.

- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.