Terima Kasih Pasukan Kelantan..Walaupun Saya Kecewa
Walaupun Kelantan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, kami tidak kecewa dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain tetapi kebanyakannya kecewa dengan sikap penyokong Kelantan yang tidak boleh menerima kekalahan.
Tahniah juga diberikan kepada Pemangku Raja, Tengku Faris Petra dan Tengku Amalin Aisyah Putri bersama-sama Pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan yang turut hadir ke Stadium Bukit Jalil, walaupun Pasukan Bolasepak Kelantan dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa. Ini menunjukkan sukan bolasepak Kelantan tidak membezakan fahaman politik.
Turut berada di stadium malam tadi adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Ya’kob serta Exco-Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa, Dato’ Takiyuddin Hassan, Dato’ Annuar Tan, Abdul Patah Mahmud, Dr Fadli Hassan, Wan Ubaidah Omar.
Speaker DUN Kelantan, Nasruddin Daud dan timbalannya Mohd Zaki Ibrahim juga turut memberi sokongan.
Turut juga hadir Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS yang memberi sokongan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; ADUN-ADUN yang ditemui hadir ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron; ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat; ADUN Air Lanas, Abdullah Yaakob;, ADUN Semerak, Wan Hassan; ADUN Gual Ipoh, Wan yusoff serta Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi.
Difahamkan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali yang menyumbang 4,000 keping tiket kepada penyokong-penyokong Pasir Mas.
Negeri Sembilan berhak menang
Memang Jaringan awal Negeri Sembilan telah menyentap semangat anak buah B Sathianathan dan terus beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.
“Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.
Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.
“Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu.
Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.
“Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan,” katanya.

No comments
Post a Comment