Tok Guru Nik Aziz Batal Hasrat Ke Mekah

P1010795
Gambar TGNA selepas menyampaikan Kuliah pagi tadi

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat. pinkturtle2

Nik Aziz batal tunai haji kerana tajaan dipertikai

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama
terima kasih atas pihak2 yang menggagalkan usaha tok guru untuk buat amal ibadat..sampai macam ni sekali tok guru dihina dan dikhianat!

1 comment

School Of Tots said...

InsyaAllah segala yg berlaku ada hikmahnya. Sama2lah kita doakan TGNA sihat walafiat dan dapat meneruskan perjuangan mengangkat martabat Islam dalam masyarakat.

Powered by Blogger.