Utusan Babun Kata 100 Orang..Mstar Kata 300 Orang..Pelik Tapi Benar! Haram Utusan ni

BEKAS MUFTI PERLIS DITAHAN JAIS – berita hairan

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib, yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

35 ANGGOTA JAIS SERBU CERAMAH DR ASRI - mStar

SUASANA sepi di kawasan Taman Sri Ukays di sebuah rumah banglo milik Tuan Hj Yahya di Lorong 2C menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dalam 3 buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.

Pada ketika itu, Dr Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah. Ceramah yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana memberi ceramah tanpa tauliah.


dalam malaysia semua ada ma....kahkahkahkahkah..hati2 dr, nanti kena letup dgn c4 hahahahahahahahaha.............

No comments

Powered by Blogger.