Wang Ihsan Laksana Program Rakyat?
BACHOK 7 Nov. – Pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri bagi memastikan ia terus sampai kepada kumpulan sasar.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin memberitahu, pemberian tersebut akan dimanfaatkan untuk pelbagai bentuk program dengan mengambil pendekatan yang dilaksanakan oleh Terengganu sebelum ini. (Utusan Malaysia)
Seperti dijangka-jangka bahawa wang ihsan akan dijadikan senjata BN. Wang ihsan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jabatan ini ditubuhkan oleh BN. Maka wang ihsan akan digunakan untuk program memperkuatkan BN. Kayalah kali ini kroni BN yang berselerak di Kelantan.
Woi, siapa yang gantung bulan di depan rumah tolong simpan dahulu bulan itu. Gantung dacing pula. Wang ihsan akan tiba tidak lama lagi. Selepas dapat wang ihsan barulah gantung balik bulan.
Seperti lazimnya JPP akan mengagihkan wang ihsan kepada ketua-ketua masyarakat yang dilantik untuk dibahagikan kepada orang-orang kampung. Ketua-ketua masyarakat ini adalah kroni-kroni BN. Maka orang-orang BN akan tersenyum lebar. Manakala orang-orang PAS melopong.
Setiap kali Pak Menteri datang ke Kelantan, mereka akan berjanji membantu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik. Kita tahu Pak Menteri jujur dan berniat baik. Akan tetapi mereka yang berada di belakang Pak Menteri itu lain kepala otak mereka.
Mereka hanya berfikir tentang diri sendiri dan kroni-kroni sahaja tanpa melihat akibatnya kepada BN. Mereka hanya nampak orang yang sama ideologi politik dengan mereka sahaja. Orang yang berlainan parti dipandang sebelah mata. Inilah salah satu sebab BN tidak boleh menang di Kelantan. Pak Menteri cakap lain, pengikutnya pula bikin lain.
Maka yang terjadi adalah rakyat Kelantan terus diperkotak-katikkan mengikut fahaman politiik. Bantuan juga dihulurkan mengikut fahaman politik. Jangan kata BN dengan PAS, BN sama BN pun bertelagah. Orang-orang UMNO, MCA dan Gerakan pernah bermasam muka pasal peruntukan Kerajaan Persekutuan. Jadi, wang ihsan juga akan mengalami nasib yang sama.
Oleh sebab itulah wang ihsan ditolak oleh Kerajaan Kelantan bagi mengelakkan ia tidak disalahgunakan oleh pemimpin BN dan kroni-kroninya yang bertaburan di kampung-kampung.satu malaysia

No comments
Post a Comment