Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan
Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.
PAS kesal kerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan ‘wang ehsan’ bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.
Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu.
Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan ‘wang ehsan’ sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.
Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.
Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit ‘wang ehsan’ itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.
Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments
Post a Comment