Adek Awang Bersuara Dah!

Kelantan tidak layak urus wang ihsan

MACHANG - Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak menguruskan wang ihsan apabila melaksanakan dasar pemerintahan yang tidak telus dan hanya mementingkan pengikutnya sahaja.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sistem kepimpinan negeri yang berat sebelah tidak meyakinkan Kerajaan Pusat bagi menyalurkan wang ihsan kepada mereka.

Katanya, isu tidak yakin dengan kebolehan pegawai kerajaan tidak timbul dan sengaja dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri bagi menutup kelemahan mereka.

“Ini adalah cubaan bagi melaga-lagakan pegawai-pegawai kerajaan dengan Kerajaan Pusat. Kami yakin pegawai-pegawai mampu menjalankan tugas mereka dengan baik, amanah dan tidak rasuah namun mereka tertakluk kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kalau Kerajaan Negeri kata, bagi pada penyokong Pas sahaja mereka perlu patuh sedangkan wang ihsan tersebut adalah wang rakyat dan semua rakyat berhak mendapat manfaatnya.

“Banyak kita lihat bantuan-bantuan kepada mangsa banjir dan ribut contohnya hanya diagihkan kepada penyokong Pas sahaja sedangkan Kerajaan Pusat mengagihkan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik,” katanya ketika diminta mengulas jaminan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa wang ihsan atau wang royalti akan diuruskan dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Retreat Facebooker dan bloggers Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara ( UiTM) di sini, semalam.

Program sehari tersebut dianjurkan oleh Pasukan Prihatin Maya Kelantan ( Prima) yang dipengerusikan oleh Mohamad Rafi Awang kechik.

Dr Awang Adek berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah memilih bulu ( orang sendiri) dalam mengagihkan bantuan dan sebagainya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), semua rakyat yang layak akan mendapat bahagian� masing-masing tanpa mengira fahaman politik mereka.

Kelmarin, Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan wang yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat sepanjang 20 tahun memerintah di Kelantan.
sinar harian


*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.