Adun Wakaf Bharu Berjiwa Rakyat!
Mangsa kebakaran terima bantuan
KAMPUNG TALAK - Mangsa kebakaran, Asiah Yaakob, 50, yang kehilangan tempat tinggal mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri apabila bantuan Tabung Serambi Mekah dihulurkan kepada mereka di sini, kelmarin.
Bantuan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi yang turut dihadiri Penolong Ketua Jajahan (pembangunan masyarakat) Nik Md Fahmi Nik Daud dan Penghulu Kam-pung Talak, Mazlan Ghani.
Che Abdullah berkata, bantuan segera daripada Tabung Serambi Mekah disalurkan kepada keluarga Asiah yang tinggal sehelai sepinggang dalam sekelip mata.
Bantuan itu juga turut diberikan kepada pemilik kedai kopi yang turut memusnahkan sebahagian dinding kedainya juga akan dibantu.
“Saya mengucapkan takziah kepada mereka sekeluarga atas musibah yang berlaku dan ini semua ketentuan-Nya. Saya berharap mereka bersabar dengan ujian Allah,” katanya ketika melawat mangsa dan menyampaikan bantuan segera daripada Tabung Serambi Mekah.
Sementara itu Asiah berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak membantunya dan reda dengan apa yang berlaku walaupun rumah peninggalan suaminya ha-ngus dalam sekelip mata.:
Dalam kejadian kebakaran Isnin lepas, Wan Mohd Asyraf Wan Nor Zali, 22, merupakan anak kembar Asiah bertindak berani dengan melulu masuk ke rumah demi nyawa ibunya bersama dua adiknya walaupun ketika itu api mula marak membakar dinding dan langsir di sebuah bilik tidur mereka.
Ketika kejadian, Wan Mohd Asyraf tiada di rumah kerana ke kedai kopi sebelah untuk bermain karom dengan kawan-kawan dan dikejutkan dengan teriakan penduduk kam-pung menyebut api.
Tanpa mempedulikan sesiapa, Wan Mohd Asyraf terus melulu masuk ke dalam rumah mengejutkan ibu yang sedang tidur de-ngan adik bongsu, Wan Mohd Arif dalam bilik dan kembarnya, Wan Mohd Asyran tidur di ruang tamu sambil menelefon bomba.
Walaupun panik, mereka sempat mengambil sebaldi air untuk memadamkan kebakaran di dalam bilik tidur tersebut yang ketika itu mula membakar katil dan pakaian tetapi disebabkan api makin besar, akhirnya mereka mengalah dan turun menyelamatkan diri.
Sebuah kereta dan motosikal milik keluarga ini yang dipakir di anjung rumah sempat dibawa keluar sebelum bomba datang memadamkan kebakaran tersebut.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment