Amanah, bebas rasuah jadi tunggak pemerintahan kerajaan Selangor
SHAH ALAM, 24 Februari - Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat meletakkan sifat amanah dan bebas rasuah sebagai tonggak utama pentadbirannya .
Anwar berkata hanya sebuah kerajaan negeri yang bersih mampu memastikan kemewahan negeri diagihkan secara saksama kepada rakyat dan tidak dibolot segelintir pemimpin tamak seperti yang berlaku sebelum ini .
Anwar yang juga Ketua Pembangkang menghadiri majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini.
Majlis ini mengumpulkan kira-kira 300 rakyat pelbagai lapisan yang dibela oleh kerajaan menerusi program-program kebajikan dan sosial sejak dua tahun lalu.
Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor membelanjakan hampir 50 juta ringgit untuk membantu lebih 15 ribu orang.
Dalam ucapannya Anwar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat mendokong beberapa prinsip asas dalam menguruskan negeri-negeri yang ditadbirnya.
“Pimpinan kita yang ditegaskan di negeri ini, mesti pertahankan prinsip kebertanggungjawaban, bersihkan jentera dari rasuah, sifat pimpinan politik yang gunakan kuasa memperkayakan diri mereka. Kalau ada pimpinan rebut kontrak, saham, rebut tanah, tidak akan sempat kita agihkan kekayaan kepada orang ramai,” katanya.
Anwar berkata keadilan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat bertujuan memastikan kualiti kehidupan rakyat segenap lapisan dipertahan dan diperbaiki seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
“Pembangunan bagi kita untuk negeri selangor tentulah menuju ke satu tahap pertubuhan yang lebih baik, kalau ekonomi itu tidak segar kita takkan ada dana untuk kita agihkan. Tetapi kalau pertubuhan tinggi tapi rumah rakyat macam tu ja yang miskin dan daif seperti itu, bukanlah ekonomi yang adil namanya,”katanya.
Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

No comments
Post a Comment