Kerana ia atas nama Islam, kamu membantah?

man sebat ke atas tiga wanita atas kesalahan zina telah menimbulkan pelbagai reaksi. Menteri Dalam Negeri mengumumkan perkara tersebut seolah-olah ia sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Ramai melihat ia bertujuan memperkukuhkan imej Islam-Melayu rejim Barisan Nasional.

Beberapa pertubuhan mencela hukuman tersebut sebagai mencabul hak asasi. Bekas Menteri menggelar Malaysia lawless kerana ia dilaksanakan sedangkan undang-undang persekutuan mengecualikan wanita daripada hukuman sebat.

Namun cara dan teknik sebatan itu tidak dibicarakan oleh mereka. Sebat di bawah undang-undang sivil sememangnya bertujuan untuk mendera, tidak dapat tidak lazimnya kecederaan yang serius dialami oleh mereka yang disebat. Tetapi berlainan sekali sebatan yang dilaksanakan atas perintah mahkamah syariah.

Cara dan teknik berlainan. Begitu juga tujuan sebatan itu berlainan.

ALlah memperuntukkan jenis-jenis hukuman yang berbeza bagi kesalahan-kesalahan yang pelbagai. Meski penjara adalah salah satu bentuk hukuman di dalam Islam, ia bukan satu-satunya hukuman. Pemenjaraan tidak semestinya mendidik dan memulihkan. Malah seringkali ia membina jiwa penjenayah yang lebih kental dan tegar. Orang muda yang ditahan, khususnya tanpa bicara di Simpang Renggam, seringkali graduate bukan lagi sebagai peragut tetapi menjadi perompak dengan hubungan meluas dengan dunia jenayah. Penjara dan Pusat Tahanan menjadi pusat untuk bertukar pandangan, memperluas jaringan dan mempelajari teknik jenayah yang lebih maju.

Apakah didikan yang mampu diberi oleh penjara terhadap wanita yang didapati bersalah kerana zina?

Hukuman di dalam Islam mempunyai dua tujuan duniawi (selain daripada manfaat akhirat); pertamanya ialah untuk mendidik pesalah dan mencegah berleluasanya jenayah. Bagaimana sebenarnya aspek pencegahan itu terlaksana tidak dapat kita pastikan dengan sahih, tetapi itu jaminan daripada ALlah. Kerana ayat Quran berkenaan jenayah ada diakhiri dengan “pencegahan daripada ALlah”. Secara khusus ALlah yang akan menyebabkan pencegahan itu.

Jika benar laporan media massa hari ini bahawa tiga wanita terlibat menyatakan bahawa meski hukuman sebat atau rotan itu tidak meninggalkan kesan fizikal, ia mendatangkan kesan terhadap jiwa dan mampu mencegah seks di luar nikah; maka ternyata unsur pencegahan itu terlaksana.

Walaupun hukuman syariah di Malaysia tidak menepati hukuman di dalam Islam, ia adalah permulaan ke arah menegakkan syariat.

Saya kira kita seharusnya menumpukan perhatian kepada hukuman-hukuman yang lebih tidak bertamadun atau barbarik khususnya sebat sehingga terkoyak kulit dan pemenjaraan untuk tempoh yang tersangat lama. Apa yang ingin kita capai dengan sistem hukuman sebegitu?

Lebih parah seperti saya katakan di atas ialah apabila sistem hukuman yang dilaksanakan tidak membantu mencegah jenayah tetapi sebaliknya menyuburkan jenayah.

Kenapa sistem sivil sebegitu tidak kamu bantah? Apakah hukuman rotan yang tidak mencederakan fizikal ini kamu bantah hanya kerana ia atas nama Islam?

Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

No comments

Powered by Blogger.