Perdana Executive kereta potong?
Hari ini saya mengetahui satu perkara yang memeranjatkan saya. Mungkin ramai yang sudah tahu. Tetapi kepada saya ia adalah berita yang baru.
Semua kereta Proton Perdana Executive adalah kereta potong!
Untuk membina kereta Proton Perdana Executive yang lebih panjang berbanding versi biasa, casis telah dipotong dan besi ditambah untuk memanjangkannya. Ini bermakna terdapat 2 tempat sambungan pada casis atau boleh dikatakan sebagai tulang belakang kereta.
Apakah ini selamat walhal selama ini kereta yang disambung casis dianggap tidak selamat. Malah pembeli kereta terpakai dipaksa membayar kepada DRB-Hicom melalui Puspakom untuk menjalani pemeriksaan yang antara lain bertujuan mengesan samada casis kenderaan tersebut telah dipotong dan disambung.
Apakah tujuan sebenar peraturan diwujudkan?
Ketika pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang hendak diwajibkan, ia dikatakan demi keselamatan. Tetapi kenderaan tertentu dikecualikan. Jika dikecualikan apakah kenderaan itu selamat?
Begitu juga casis potong pada Perdana Executive. Jika tidak selamat kenapa Proton dibenar mengeluarkan kenderaan tersebut dan mengapa pula Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan ia didaftarkan dan digunakan di jalanraya?
Apakah nyawa pak menteri dan orang kenamaan yang lazimnya menggunakan kenderaan tersebut kurang penting?
http://azakiyamani.wordpress.com/
Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

No comments
Post a Comment