Bela Melayu: Apa Umno buat semenjak 50 tahun perintah Pulau Pinang wahai Zahid Hamidi

Baru dapat jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, dah pandai tunjuk lagak. Kalau anda anak jantan, bagitahulah pulak, apa sumbangan Umno terhadap Melayu Pulau Pinang?

Alangkah bodohnya jika kita tanya kenapa orang Cina tak bantu orang Melayu. Tapi kita sepatutnya tanya kenapa orang Melayu tidak tolong orang Melayu?

Umno diberi peluang memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun lebih. Sepatutnya Zahid Hamidi berfikir kenapa orang Melayu Pulau Pinang masih mundur. Padahal Umno-BN dah perintah Pulau Pinang 50 tahun lebih. Bukan sekejap, lama tu.

Apa Umno buat selama 50 tahun lebih wahai Zahid Hamidi?Korang tolong rakyat ke atau kebas duit rakyat?Berapa biji banglow yang korang sempat buat selama 50 tahun lebih memerintah Pulau Pinang?Bagitahulah sikit, berapa banyak peningkatan paras kemiskinan orang Melayu ketika Umno memerintah?

Ketika Umno memerintah Pulau Pinang, semua orang Melayu tinggal dalam banglow ke setinggan?Jawab Zahid Hamidi, jangan tak jawab.

Jangan hanya pandai berkokok di laman sendiri tetapi bacul di gelanggang. Setakat nak cabar Sdr Lim Guan Eng dalam rumah hangpa, tak payah sembanglah.

Cuba buka mata luas-luas, fikir pakai otak jangan pakai kepala lutut.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta. Siapa hebat Zahid Hamidi?

Hangpa cakap Umno bela Islam, cuba tengok sini, Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009. Siapa yang buat tu Zahid Hamidi?Umno ke DAP?

Lim Guan Eng tambah lagi pada pembentangan Belanjawan 2009, meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini. Zahid oh Zahid, Zaman Umno perintah, apa Umno buat dengan institusi agama negeri itu?

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Umno yang kononnya membantu orang Melayu dan memartabatkan Islam ada bagi ke wahai zahid Hamidi?

Bagaimana pula dengan nasib Melayu?

Di bawah pemerintahan Pakatan berketuakan Lim Guan Eng, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Wahai Zahid Hamidi, siapa yang buat itu semua?Jika Pulau Pinang masih lagi di bawah pemerintahan Umno, boleh merasa ke itu semua oleh orang Melayu?

Ketika Umno-BN memerintah Pulau Pinang, ramai orang Melayu dipinggirkan. Kebajikan orang Melayu langsung tidak dipedulikan. Yang diberi perhatian hanyalah kroni-kroni mereka sahaja.

Para ilmuan agama jauh sekali hendak dibela, bagi peruntukan pun tidak.

Wahai Zahid Hamidi, Umno hanyalah pengkhianat bangsa sendiri di Pulau Pinang.

Aku merasakan, Lim Guan Eng lebih 'Melayu' daripada Zahid Hamidi dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain.

Bagaimana terujanya rakyat, seorang Ketua Menteri yang bukan daripada kaum Melayu cuba membela nasib kaum Melayu. Mengharapkan kaum sendiri, alamatnya sampai kiamatlah. Kalah baru mula bising-bising nak menyalahkan orang lain pulak. Padahal sendiri yang tidak pandai memerintah.

Cabar Zahid Hamidi war-warkan kepada umum, apa yang Umno buat selama 50 tahun memerintah Pulau Pinang sehingga Melayu Pulau Pinang semakin merempat?

Cuba banding, 50 tahun Umno memerintah dengan 2 tahun lebih Pakatan memerintah?warkah daily
Terima Kasih kerana sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.