Biar Dibicarakan Dengan Data, Kerajaan Pulau Pinang Tidak Menindas Orang Melayu

Sumber: Sin Chew Daily
Terjemahan: GoMalaysian
Tajuk: Biar Dibicarakan Dengan Data, Kerajaan Pulau Pinang Tidak Menindas Orang Melayu

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%. Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu......


Sin Chew Daily

(Pulau Pinang) "Kami tidak pernah menindas orang Melayu, semuanya boleh dibuktikan dengan menggunakan data!"


Mengumpulkan pegawai atasan kerajaan menjelang larut malam

Setelah menerima tuduhan menindas kaum Melayu daripada Ahli Parlimen PKR Zahrain dan juga "Utusan Melayu", Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu En. Lim Guan Eng telah mengumpulkan kesemua pegawai kerajaan dan juga Ahli Parlimen dan Ahli DUN Pakatan Rakyat untuk menghadiri satu mesyuarat penjelasan sebelum Lim Guan Eng berlepas ke Korea untuk urusan kerajaan. Lim Guan Eng telah mengemukakan pelbagai data, maklumat dan video untuk menangkis tuduhan daripada pihak berkaitan supaya membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menyebelahi mana-mana pihak, dan menindas kaum Melayu yang berada di Pulau Pinang.

Tindakan Lim Guan Eng ini telah disifatkan sebagai menenangkan pegawai kerajaan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri untuk menangkis cabaran daripada pihak lawan.

Beliau telah menyebut bahawa UTUSAN sering kali menggunakan isu merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu yang tidak mempunyai permit sah untuk menfitnah kerajaan negeri, tetapi sebenarnya tujuan utama kerajaan negeri mengambil tindakan adalah kerana mereka merupakan penjaja yang tidak mempunyai permit sah, dan itu bukan disebabkan warna kulit. Sejak dua tahun ini, penangkapan juga dilakukan terhadap kaum lain, secara ringkasnya, bukan saja penjaja Melayu, tetapi penjaja orang Cina dan India juga ditahan.


Tindakan diambil terhadap penjaja orang Cina yang tidak mempunyai permit sah

Untuk membuktikan penjelasan Lim, Lim telah menayangkan video dimana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap penjaja Cina yang tidak sah di Kek Lok Shi, tindakan penjaja Cina memarahi DAP juga ditayangkan dalam video itu. Hal ini telah membuktikan majlis tempatan tidak menindas sesetengah kaum sahaja.

"Perutunkan Barisan Nasional pada tahun 2008 ialah RM12.50 juta manakala setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, peruntukan telah meningkat menjadi RM24.30 juta. Adakah kita masih dianggap menindas sekiranya angka ini meningkat dengan mendadak?"

Lim Guan Eng juga berkata, banyak pihak merasakan kaum Melayu akan dipinggirkan sekiranya Dasar Tender Terbuka dilancarkan, tetapi apa yang membanggakan ialah kontraktor Melayu telah mendapat lebih daripada separuh daripada tender yang ditawarkan.

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%.

Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu.


Pegawai Kerajaan Pulau Pinang bekerjasama dan menyokong Anwar menghadapi tuduhan sodomi

Mereka yang hadir di Mesyuarat Penjelasan ini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor, Ahli Exco, Chow Kon Yeow, ketua daerah dan sebagainya. Mereka telah mengemukakan pelbagai data dan maklumat untuk membuktikan Kerajaan Pulau Pinang bukan merupakan kerajaan yang rasis.

Untuk menujukkan pegawai Pulau Pinang bersatu padu maka sebelum mesyuarat bermula, para pegawai Pakatan Rakyat telah berganding tangan dan melaungkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk menghadapi tuduhan sodomi beliau.


Tetapi ketika pegawai Pakatan Rakyat sibuk menjelaskan pendirian kerajaan negeri, terdapat hampir 30 orang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMM) telah berdemontrasi diluar dan melaungkan Kerajaan Negeri tidak membenarkan mereka untuk berniaga di Tanjung Bunggah dan tidak menangkap penjaja haram Cina, ini menyebabkan keadaan yang memalukan bagi kerajaan negeri.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Pakatan Rakyat Pulau Pinang berdiri teguh dibelakang Lim

Kebelakangan ini, Lim telah menjadi tuduhan pelbagai pihak, bukan sahaja serangan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Zahrain (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), tetapi juga serangan daripada UMNO dan UTUSAN.

Untuk menangkis serangan tersebut dan menjaga kepentingan kerajaan negeri, DAP dan juga parti kawannya telah menyatakan sokongan mereka terhadap Lim dengan mengadakan sidang media mulai malam 31 Januari.


Mereka yang menyatakan sokongan terhadap Lim adalah kedua-dua timbalan ketua Menteri iaitu Mansor dan Ramasamy, Jeff Oii, Chow Kuan Yow, Abdul Malik, dan sebagainya. Pasukan yang dianggap besar ini telah menunjukkan betapa seriousnya serangan kali ini terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

seterusnya.....

No comments

Powered by Blogger.