Cuti tanpa rekod 42 hari kepada pejawat awam yang menderma organ

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

Beliau berkata, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

"Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

"Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan, " kata Ismail. - Bernama

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.