Hakim Tolak Penanggguhan Dari Pihak Anwar.Bersambung Petang Esok

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikut sambungan rentetan peristiwa hari ini.

3:30 petang: Hakim Mohd Zabidin memutuskan menolak permohonan penangguhan dan berkata perbicaraan akan diteruskan.

Karpal memohon keputusan ditangguhkan sehingga pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan.

Bagaiamanapun hakim menolak permintaan itu dan berkata dia tidak boleh menangguhkan lagi kes ini.

update

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.

Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.

Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

Pagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.

No comments

Powered by Blogger.