Imbasan: Meniti Nasib Melayu Di Pulau Pinang

Meniti Nasib Melayu Di Pulau Pinang


BALIK PULAU, 12 Nov: Pantun dua kerat berbunyi ' Bayan Lepas Balik Pulau, Sana Terlepas Sini Terpelau' bukan sahaja kata-kata sinis bahkan kini telah menjadi realiti setelah Umno terutamanya yang menunjangi Kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu dulu tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan kedudukan orang melayu walaupun telah memerintah melebihi 50 tahun.

Kini, Parlimen Balik Pulau bukan lagi kawasan selamat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu 'berdondang sayang' macam dulu tidak membuat pembaharuan atau menjaga kepentingan bangsa.

Sebaliknya, mereka lebih senang membuang masa tanpa memikirkan perancangan yang lebih manafaat demi menyelamatkan maruah bangsa yang telah tercalar ekoran ketidak tahuan pemimpin sendiri.

Mereka seolah tiada kerangka untuk membantu kerajaan serta meningkatkan tahap sosio ekonomi orang melayu yang rata-rata ada yang menumpang hidup di atas tanah kaum lain atau terpaksa bekorban tinggalkan kampung halaman mencari tapak baru di sebelah Seberang Perai atau sempadan Negeri Kedah seperti Kulim, Mahang, Kuala Ketil dan sebagainya.

Fenomena kediaman dan saki baki kampung Melayu dirobohkan menjadi biasa bagi orang Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung To Kong dan sekitar Georgetown. Sekarang ia mula menular pula ke Balik Pulau yakni kawasan terdapatnya masyarakat melayu teramai.

Kebanyakan perumahan di bina jauh lebih tinggi kosnya dari dulu. Sekaligus mengundang masalah baru bagi penduduk melayu yang kebanyakanya bergantung hidup pada hasil laut, pertanian selain ada yang bekerja sendiri.

Tuduhan melulu bekas Timbalan Ketua Menteri merangkap bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dan kini turun jawatan menjadi Adun Teluk Bahang, Datuk Dr Helmi Yahya kononya Kerajaan Pakatan Rakyat sengaja membangunkan perumahan kos tinggi di Balik Pulau bermatlamat menghalau orang melayu secara senyap.

Sedangkan, semua tahu siapakah pemerintah sebelum ini bukankah Umno dan BN?. Kerajaan Pakatan Rakyat baru setahun jagung diberikan amanah menerajui negeri yang terkenal dengan 'Mutiara Timur' itu.

Semasa Kerajaan BN banyak projek dimonopoli oleh sebilangan besar kepimpinan Umno. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi tembolok atau kroni mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat yang kadangkala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sepatutnya, bila jatuh dan menjadi pembangkang Umno dan BN kena bermahasabah melihat apakah kesalahan yang mereka telah lakukan sehingga rakyat menolak parti itu bukan lagi mendabik dada seakan masih berkuasa.

Kenyataanya ketika merasmikan taman permainan kanak-kanak di Kuala Sungai Burung baru-baru ini jelas mengambarkan kebodohan beliau sendiri sedangkan semasa berkuasa merekalah pemusnah impian rakyat untuk melihat pembangunan menyebelahi penduduk tempatan.

Mengulas tuduhan tersebut, Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff (Gambar kiri) berkata, PAS melihat isu ini sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kemarahan rakyat pada kerajaan sekarang.

Namun, rakyat kini sudah celik pemikiran dan tahu menilai siapa sebenarnya petualang dan golongan yang mahu mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

Apa yang diperkatakan oleh Datuk Dr Helmi tidak ubah seperti 'meludah kelangit terkena hibung sendiri'.

"Dia kata tak fikir dulu siapa yang membenarkan projek mewah berjalan di sini jika bukan BN, " tegasnya.

(Gambar: Perumahan Dellmark)

Menurutnya lagi, banyak projek mewah dibangunkan di Balik Pulau antaranya, Dellmax di lot 390 Lebuh Sungai Burung 3 pembinaan 10 unit rumah banglo dua tingkat, dengan harga RM900 rbu - RM920 ribu sebuah, sembilan unit rumah sesebuah di Jalan Tun Sardon, Simphony Swiss, projek berdekatan Titi Teras, Jalan Air Putih dan banyak lagi.

Sepatutnya, perumahan yang menjadi masalah utama diberikan perhatian bukan membiarkan pemaju melaksana projek mewah di luar kemampuan penduduk melayu.

"Sejak dulu lagi PAS telah membangkitkan isu ini dan membawanya dalam setiap konvensyen tanah di Pulau Pinang. Waktu itu banyak projek besar di Bayan Baru tapi kini ia menular ke Balik Pulau pula, " ujar beliau.

Jesteru itu, PAS Balik Pulau akan berperanan mempertahan masyarakat tempatan dengan menyuarakan hak mereka agar bahang yang berlaku disejukkan menerusi Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"PAS Balik Pulau akan bangkit kali ini sebagai penyelamat setelah Umno yang diberikan mandat gagal untuk bertindak membaiki kelemahan yang mereka lakukan sendiri.

Maka, sebagai rakyat yang berpendapatan rendah mereka harus mengubah angin membantu PAS bersuara pada pilihanraya umum ke 13 nanti supaya suara PAS berkumandang mengantikan suara Umno yang telah tengelam akibat keangkuhan parti itu sejak dulu," terangnya.

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.