'Tanda Keimanan' Saiful??







Rasulullah pun tak ada tanda di dahi baginda.



Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Saiful Bukhari Azlan di mahkamah siang tadi. Malah tidak kurang juga yang terpegun melihat kelibat anak muda itu di kaca TV. Wajah Saiful dikatakan tenang dan bersahaja seolah-olah beliau tidak langsung rasa bersalah membuat pengakuan dirinya diliwat oleh Anwar. Malah turut kelihatan adalekuk hitam di dahinya (foto), apakah Saiful sengaja membuat lekuk itu atau sebaliknya. Ramai juga yang terkeliru dengan hal ini, tambahan pula lekuk hitam didahi Saiful itu mirip seorang alim ulamak yang senantiasa beribadat kepada Allah siang dan malam. Apakah Saiful sudah insaf dan memperhambakan diri kepada Allah agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan ramai pihak terutamanya mereka yang arif tentang situasi ini.


Jika ditanya kepada mana-mana pihak, sudah pasti mereka akan terpengaruh dan mengatakan Saiful memang berkata benar dalam hal liwat itu. Maka itulah, cahaya keimanan timbul pada dahinya. Soalnya sekarang, apakah benar itu cahaya iman atau sengaja dibuat-buat oleh Saiful untuk menarik simpati umat Islam di negara ini. Tambahan pula, di dalam blog peribadinya selama ini Saiful tidak henti-henti merayu umat Islam mendoakan dirinya. beliau mahu kebenaran itu terpancar jua akhirnya. Beliau mahu seluruh dunia menerima bahawa dirinya adalah mangsa kebuasan nafsu Anwar Ibrahim. Apakah kita boleh terpengaruh dengan imej baru Saiful ini agaknya?. Kami tidak mahu mengulas lanjut isu "lekuk pada dahi" Saiful, kerana ia perlu ditanya pada orang yang lebih tahu.

Cuma apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah, jika pun benar Saiful sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan maka kenapa beliau sanggup bergelumang lagi dalam semua ini. Kita tidak wajar terus menyalahkan dirinya, tetapi cara dan kaedah kes liwat ini ditangani amatlah bercelaru dan mengelirukan. Banyak hak-hak Anwar sebagai tertuduh dinafikan malah tidak langsung diberi perhatian oleh mahkamah. Hingga ke saat ini, Anwar masih belum menerima satu pun salinan dokumen untuk pembelaan.

Maka itu, apakah adil perjalanan mahkamah yang sedang kita saksikan ini?. Saiful boleh mengaku dan mereka cerita apa sahaja, kerana beliau mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu yang memang mahu memastikan Anwar "ke dalam". Maka itulah kita tidak terkejut bila beliau timbulkan isu Anwar cuba mengajak beliau melakukan seks luar tabie di mahkamah hari ini. Malah, berbagai lagi cerita panas akan dapat kita dengar dari sehari ke sehari sepanjang kes ini nanti.

Semua skrip ini sudah dirancang dan disiapkan dengan baik untuk dihafal oleh Saiful. Nama-nama yang disebut dalam skrip juga sememangnya telah dirancang sedemikian rupa untuk membolehkan Anwar seolah-olah berada di pihak yang salah. Namun, Saiful harus ingat bahawa perjalanan kes tersebut pada peringkat awalnya amatlah meragukan. Malah, keakraban beliau dengan Najib Razak, DSP Rodwan dan lain-lain individu yang sememangnya memusuhi Anwar amatlah mengejutkan kita sebenarnya. Malah, berlandaskan laporan perubatan hospital yang mengatakan beliau tidak diliwat itu sahaja sudah jelas untuk kita mengaitkan beliau dengan unsur penipuan dan fitnah terhadap Anwar. Apakah kita boleh menerima kata-kata yang diluahkan oleh seorang anak muda yang gagal menamatkan pengajiannya di Uniten itu.

Saiful sememangnya gembira dirinya popular, samalah ketika beliau memimpin mahasiswa di kampusnya dulu, tetapi beliau bukanlah manusia yang pintar dan boleh memikirkan apa yang berlaku esok hari. Lantaran itulah, beliau sanggup untuk bersekongkol dalam kes ini semata-mata untuk kejar populariti.


Sumber : Blog Bridge Al-Akhdor LR2

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.


No comments

Powered by Blogger.