Jangan putar belit tawaran Nik Aziz, kata Mohd Amar
Oleh Mohd Zuharman
Media diingatkan supaya tidak memutar belit kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaan beliau untuk berdialog dengan Umno kononnya pemimpin itu kini menyokong saranan kerajaan perpaduan yang pernah ditolaknya.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bimbang kenyataan Menteri Besar Kelantan itu akan dimanupulasi untuk mencetuskan kontroversi baru.
Ini tiada kaitan langsung dengan istilah kerajaan perpaduan. Mesti faham baik-baik kenyataan tok guru ini sebelum membuat laporan... jangan cuba nak tokok tambah.
“Tok guru hanya sebut sedia berdialog dengan Umno dalam isu berkaitan agama sahaja, tidak lebih dari itu. Persoalan sama ada dialog itu mencerminkan kerajaan perpaduan tidak pernah disebut.
“Media nampaknya seolah-olah amat tertarik benar dengan kenyataan tok guru ini. Saya tengok sehari dua ini kerap benar lapor mengenai berita itu,” kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan ceramah umum di pekan Gunung lewat malam tadi.
Ekoran tawaran Nik Aziz itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memberi reaksi bahawa pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan parti tersebut tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.
“Kalau kita tengok reaksi Najib itu seolah-olah beliau ingin kaitkan pada isu kerajaan perpaduan dulu. PAS tidak pernah berdolak-dalik dalam perkara ini. Kalau kata dia (Umno) yang tak mahu, betul.
“Sebab tok guru sendiri pernah hantar surat pada Najib minta diadakan dialog ini tiga bulan lepas tapi tidak dijawab sampai sekarang,” katanya.
Khamis lepas Nik Aziz membuat kenyataan bahawa beliau sedia berdialog dengan Umno dalam isu berkaitan dengan agama, dan perkara yang sama juga turut diulanginya semalam.
Malah semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.
Terdahulu, ketika menyampaikan ceramah Mohd Amar mengingatkan seluruh ahli serta penyokong PAS agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik kotor Umno yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Pengerusi Badan Perhubungan Umno ngeri (Kelantan), Datuk Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) telah sebut kita sekarang ini berada dalam suasana pilihan raya.
“Berdasarkan kepada pengalaman lepas, pada musim-musim begini akan banyaklah janji-janji ditaburnya.
“Tidak kurang juga fitnah bercorak kelemahan PAS disebar meluas menggunakan seluruh jentera kerajaan,” katanya.M/I
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment