Perpecahan MCA lebih parah tetapi didiamkan

OLEH WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan, perpecahan yang berlaku dalam MCA lebih parah, namun didiamkan oleh akhbar arus perdana.Sebaliknya, pimpinan MCA seperti Naib Presidennya, Dato' Seri Kong Cho Ha sibuk mendakwa kononnya Pakatan Rakyat sedang ¡¥berdarah¡¦


Ujar Kit Siang, kenyataan Kong Cho Ha itu amat pelik kerana isu-isu penting lain sebelumnya tidak diambil peduli langsung, malah MCA tidak menyuarakannya di kabinet.Sebagai contoh isu 1Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB), isu rasuah dan isu mendesak Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan nama Allah

Dalam hal berkaitan, Kita Siang menjelaskan DAP dan parti dalam Pakatan Rakyat tidak takut untuk mengakui memang terdapat kemelut dalaman.

Namun ujar Kit Siang, tidak seperti pemimpin MCA yang sering menidakkan perpecahan dalaman yang berlaku dalam MCA dan BN, walaupun umum mengetahuinya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur turut berterima kasih kepada Kong Cho Ha kerana mengambil berat isu dalaman Pakatan Rakyat.

Begitupun, Kit Siang menyifatkan kenyataan itu lahir dari suara 'pemimpin yang mati' kerana kegagalan MCA dalam menyuarakan hak dan perjuangan rakyat.

Sebelum ini, krisis dalaman MCA yang berlarutan hingga selepas pemilihan, masih belum diredakan walaupun pimpinan Umno campur tangan.

Sebaik mesyuarat agung tergempar (EGM) diadakan akhir tahun lalu, timbul konflik baru antara kumpulan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Keat dengan kumpulan, Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai.

Pemilihan semula yang mahu diadakan bagi meredakan perpecahan dalaman gagal diadakan hingga kini, dan kemelut itu tidak terpadam menyebabkan kaum Cina berang dengan situasi tersebut.

Sebelum itu, Kong Co Ha dalam satu ulasannya mendakwa pendarahan dalam Pakatan Rakyat permulaan kepada komplikasi perubatan yang lebih serius contohnya pendarahan otak boleh menyebabkan kelumpuhan.

Katanya, pendarahan dalaman ini memang sudah dijangkakan kerana ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat memang mempunyai ideologi politik yang berlainan.

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.