Kerajaan Selangor agih bayaran khairat kematian
MERU, 6 Februari - Kerajaan Negeri mengagihkan sejumlah RM97,500 bayaran fasa kedua khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas kepada 65 waris di Meru hari ini. Manakala di Gombak sejumlah RM124,500 telah diserahkan kepada 83 waris dan di Hulu Langat, RM174,000 kepada 116 waris.
Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Abd Rani Osman berkata Skim Mesra Usia Emas dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terancang dibawah pengurusan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi memastikan pengagihan khairat kematian dibuat dengan cekap dan berkesan.
Di bawah skim ini, pewaris mana-mana warga emas yang sudah meninggal dunia layak menerima RM2,500 yang akan disampaikan dalam dua fasa secara berperingkat melalui Pejabat Dun masing-masing. Skim ini juga turut dibuka untuk pendaftaran golongan orang kurang upaya (OKU).
“Itulah yang kita hendak supaya setiap daripada kita ni, menjadi wakil rakyat adalah orang yang telus, sampaikan kepada rakyat balik, kita tak boleh ambil. Itu yang dikatakan memasyarakatkan ekonomi. Kita nak pulang balik kekayaan Selangor ini kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian bayaran khairat kematian di Dewan Orang Ramai Bukit Kapar, Meru, pagi tadi.
Abd Rani berkata, skim ini baru sahaja dimulakan pada Oktober 2008 tetapi sudah berjaya memperoleh seramai 114,000 warga emas yang berdaftar daripada 236,000 warga emas seluruh Selangor.
Setakat ini sebanyak RM21.6 juta bayaran khairat kematian sudah dibuat kepada 9,778 pewaris warga emas yang berdaftar.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment