Pas bidas sikap lewa Umno

SHAH ALAM, 6 Februari - Gerakan Islam terbesar tanahair, Pas, membidas sikap lewa Umno mencari penyelesaian kepada pertelingkahan agama.

Pakatan Rakyat jelas dengan halatuju untuk mendekati masyarakat Islam dan bukan Islam bagi merungkai kemelut ini, namun Umno masih sibuk bermain politik.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata jemputan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Umno untuk berdialog merencana penyelesaian kepada polemik hari ini membuktikan kesungguhan Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut jika Umno masih berlegar sekitar luka lama muzakarah politik yang ditolak Pas sebelum ini.

“Bukan sekadar kita merancang tapi kita telah memulakan dialog ini dengan golongan-golongan khususnya pihak gereja khatolik dan agama-agama yang lain malahan Pas telah pun berjaya mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak NGO, Islam dan kita telah berjaya untuk menerangkan kewajaran sikap PAS yang mengharuskan penggunaan nama Allah itu.

“Jadi kita rasa bahawa, memang PAS khususnya dalam memainkan peranannya yang penting dalam Pakatan Rakyat kita telah move forward, kita telah bergerak ke hadapan dengan pantas untuk kita menggaram isu ini dan kita telah Berjaya untuk memberikan suatu penjelasan yang tepat, yang jelas yang bijak, kepada golongan bukan Islam, dan kita telah menunjukkan wibawa ilmu para-para ulama dan para-para cendiakawan kita untuk kita tampil ke hadapan dalam ruang dakwah yang sememangnya dianjurkan dan digalakkan oleh Islam itu sendiri.”

Nik Aziz menyuarakan hasrat supaya Pas dan Umno duduk semeja berdialog atas kepentingan Islam sepertimana yang dirintis kerajaan negeri Kelantan melalui wacana Kalimah Allah melibatkan 3,000 pendakwah di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan 4 Februari lalu.

Wacana ini menampilkan tokoh-tokoh gerakan pendakwah Islam, serta penampilan khas oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution, Ketua Pengarang The Herald Paderi Lawrence Andrew, Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Dr Johari Mat, dan wakil masyarakat Buddha Kelantan.


*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.