Lebih 60 pelajar perempuan histeria
RAWANG – Sebuah sekolah menengah di sini gempar apabila lebih 60 pelajarnya histeria akibat apa yang dipercayai gangguan makhluk halus.
Gangguan itu berlaku hampir setiap hari sejak seminggu lalu dan kebanyakan mereka yang diganggu adalah pelajar perempuan di Tingkatan Dua.
Yang aneh, makhluk halus itu bukan sahaja mengganggu, bahkan menghalang pelajar yang terlibat daripada menunaikan solat.
Menurut beberapa pelajar yang mengalami gangguan itu, di hari pertama kejadian Selasa lalu, lebih 30 pelajar histeria.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Eya, 14, berkata, dia sudah lapan kali dirasuk makhluk halus itu sehinggakan dia seakan “serasi” dengan makhluk itu.
Ia dikatakan bermula di makmal sains ketika dia bersembang bersama rakannya mengenai sesuatu yang dipercayai membangkitkan kemarahan makhluk halus.
“Kami tidak ingat berbual mengenai apa, tetapi ada perkataan yang agak tidak sedap didengar.
“Apa yang saya ingat, setelah beberapa saat, tiba-tiba saya ternampak lembaga hitam yang tinggi, membuatkan saya terkejut dan tidak sedarkan diri. Rakan saya memberitahu, saya meronta-ronta dan memekik menggilai,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada waktu pagi sekitar jam 11 hingga 12.30 dan petang ketika hampir memasuki waktu asar hingga tamat sesi petang.
Seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Icha, 14, berkata, dia sudah lima kali dirasuk.
Menurutnya, makhluk itu menuntut sesuatu dan akan mengganggu sekiranya tidak ditunaikan.
Icha berkata, kejadian itu turut berlaku di dalam kelas. Apabila memasuki tubuh mangsanya, makhluk itu akan “membawa” mereka ke bangunan makmal berkenaan.
Seorang lagi pelajar, Atyn, 14, yang sepatutnya bercuti seminggu setelah diganggu makhluk halus, berkata badannya sakit ketika bangun pagi akibat diganggu makhluk yang mengikutnya hingga ke rumah.
Dia percaya makhluk halus itu hanya mengganggu pelajar yang lemah semangat dan kebanyakan mereka yang diganggu sempat melihat kelibat makhluk tersebut sebelum memasuki tubuh mereka.
“Lembaga itu seperti sengaja memperlihatkan diri untuk melemahkan semangat kami sebelum masuk dalam badan kami. Makhluk ini juga menghalang kami menunaikan solat,” katanya.
Beberapa penduduk kawasan itu mendakwa mendengar jeritan pelajar ketika makan di kedai berdepan sekolah itu.
Mereka percaya sejarah tertentu kawasan sekolah itu mengundang makhluk halus ke situ.
Sinar Harian difahamkan pelbagai usaha dilakukan bagi menghalau makhluk halus dari kawasan itu, tetapi ada syarat tertentu.
Salah satu syaratnya ialah pembacaan surah Yasin oleh 40 orang serentak.
Sehingga petang semalam, tiada kejadian histeria baru yang dilaporkan berlaku , namun keadaan di sekolah itu masih belum nampak reda.
Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah berkenaan, tetapi tidak berhasil kerana tiada yang bersedia memberi penjelasan setakat ini.
berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments
Post a Comment