Tahniah Mahasiswa. Kamu Semakin Berani!

Perarakan serba hitam secara aman

BANGI – Berpakaian serba hitam dan memakai lilitan kain putih di lengan serta mengadakan perara- kan aman di sekitar bangunan pentadbiran adalah tanda bantahan aman kira-kira 50 penyokong Pro Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung keputusan penolakan rayuan banta- han dikemukakan terhadap proses pilihan raya kampus yang diadakan pada 28 Januari lalu.

Pro Mahasiswa mendakwa, jawapan penolakan rayuan yang dikemukakan tanpa sebab menggambarkan berlakunya kepincangan dalam pentadbiran khususnya amalan demokrasi di UKM.

Malah, kumpulan ini mendakwa bahawa penolakan tanpa sebab berhubung rayuan berkenaan membuktikan bahawa amalan demokrasi telah mati di UKM dan mengambil keputusan berkabung dengan memakai lilitan kain putih di lengan sehingga Selasa depan.

Perhimpunan aman luah bantahan

Tinjauan Sinar Harian di kawasan bantahan diadakan di Bangunan Canselori mendapati, bantahan dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan Pro Mahasiswa diberikan masa setengah jam untuk membuat bantahan aman.

Ahli Majlis Tertinggi Pro Mahasiswa UKM, Hilman Idham, 21, berkata, bantahan aman yang diadakan bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati kepimpinan dan ahli berhubung penolakan rayuan semakan semula proses pengundian pilihan raya yang telah diadakan pada 28 Januari lalu.

“Kepimpinan dan ahli bersetuju mengadakan bantahan mendesak bahagian pentadbiran UKM agar memberikan alasan yang munasabah berhubung penolakan ra- yuan walaupun telah dikemukakan bukti yang kukuh.

“Penolakan rayuan dari Pro Mahasiswa tanpa sebarang ala- san yang kukuh membuktikan bahawa amalan demokrasi telah mati di UKM.

“Tidakkah kita merasa sangsi berhubung penolakan rayuan tanpa sebarang alasan yang kukuh walaupun kami telah mengemukakan pelbagai bukti menyokong rayuan,” katanya.

Menurutnya, antara bukti kukuh yang dikemukakan secara salinan adalah dakwaan penuntut dikasari dan kewujudan pondok panas atas nama Kaunter Sistem Penilaian Kompentansi Generik (KSPK) di Kolej Keris Mas.

“Kesemua bukti dakwaan ini telah kita kemukakan kepada pihak pentadbiran yang menguruskan proses pilihan raya kampus, namun mereka menolak bulat- bulat tanpa sebarang alasan yang kukuh dan ini amat mengecewakan kami semua,” katanya.

berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.