Mahathir Sebenarnya Mudah Lupa

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sepatutnya menggunakan medium lain yang lebih sesuai seperti forum untuk menyatakan sesuatu pandangan.

"Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk menyuarakan pandangan saya.

"(Malahan) Beliau boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk ASEAN: Present and Future Challenges pada Persidangan ASEAN Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa Malayaia (UIAM) di Gombak di sini hari ini. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.